Cari Post lain disini

Wednesday, March 7, 2018

Guinness World Records Mengesahkan Wang Kertas Peringatan RM600 Sebagai 'Largest Legal Banknote'

Setelah sekian lama mykoleksi menunggu pengesahan daripada 'Guinness World Records', semalam mykoleksi terbaca satu 'post' dalam Facebook yang menyatakan Wang Kertas Peringatan RM600 yang dikeluarkan oleh BNM Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kini telah disahkan oleh 'Guinness World Records' sebagai 'Largest legal banknote'/wang kertas terbesar di dunia 'yang sah diperlakukan dengan nilai'.

Hasil carian dalam 'website' rasmi 'Guinness World Records'

'Largest Legal Banknote'

Jadi, rekod yang sebelumnya dipegang oleh Wang Kertas Peringatan Filipina Tahun 1998 sudah pun di'sailang' dengan rasminya oleh Wang Kertas Peringatan RM600 Malaysia Tahun 2017 bagi kategori yang sama. Saiz kedua-dua wang kertas tersebut, anda boleh rujuk dibawah:

Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan 100 Tahun Kemerdekaan Filipina


Ketika artikel ini ditulis, mykoleksi rasa belum ada lagi pengumuman rasmi oleh BNM berkenaan Wang Kertas Peringatan RM600 sebagai Wang Kertas Terbesar Di dunia 'yang sah diperlakukan dengan nilai'. Sekiranya anda terjumpa pengumuman rasmi tersebut, harap dapat kongsi dengan mykoleksi.

Susah betul untuk mendapat maklumat daripada sebuah BANK yang 'PEMALU", perlukah BNM merahsiakan perkara yang BAIK ini? 

Mungkin juga BNM masih menunggu dokumen rasmi (surat atau sijil) daripada pihak 'Guinness World Records' sebelum pengumuman rasmi dibuat.

mykoleksi telah pun membuat carian di dalam 'website' rasmi BNM tetapi setakat ini belum ada maklumat/pengumuman yang mengesahkan kenyataan Wang Kertas Peringatan RM600 sebagai 'Largest Legal Banknote' seperti yang tertulis dalam 'website' rasmi 'Guinness World Records'.

Contoh carian yang mykoleksi buat menerusi 'website' rasmi BNM




1 comment:

Hans Hanis said...

yeyyyyyyyyyyyyyyy
paling besar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute