Cari Post lain disini

Saturday, December 30, 2017

Kemudahan Tempahan Dalam Talian Bagi Jualan Wang Peringatan Yang Dikeluarkan Oleh Bank Negara Malaysia

No Ruj : 12/17/18/ 29 Dec 2017/ Embargo : Untuk Siaran Segera    /
   
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan dalam talian bagi jualan wang peringatan yang dikeluarkan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia.

Tempahan Dalam Talian

Bank Negara Malaysia akan memulakan kemudahan tempahan dalam talian ini lebih awal daripada perancangan berikutan minat orang ramai yang amat menggalakkan terhadap wang peringatan yang dilancarkan baru-baru ini pada bulan Disember 2017. Orang ramai boleh membuat tempahan mereka di https://duit.bnm.gov.my mulai 29 Disember 2017 hingga 19 Januari 2018, pukul 1.00 petang. Tempoh masa yang mencukupi diberikan bagi memastikan mereka yang berminat boleh membuat tempahan. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.

Had Pembelian Dalam Talian

Bagi memberikan peluang yang sama rata untuk membeli wang peringatan edisi terhad ini menerusi sistem tempahan dalam talian, had pembelian bagi setiap pembeli telah ditetapkan seperti berikut:


Pengumuman Keputusan Tempahan

Keputusan tempahan akan diumumkan pada 25 Januari 2018 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia serta pejabat Bank di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, undian akan dibuat. Semua tempahan akan dipertimbangkan dan tiada keistimewaan diberikan pada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. 

Pembayaran dan Pengambilan

Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil tempahan mereka dalam dua peringkat seperti berikut:


Tarikh pengambilan ditetapkan secara berperingkat bagi memastikan pengedaran wang-wang peringatan tersebut adalah tepat pada masanya dan lancar.

Lokasi pengambilan adalah di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum) dan di Pejabat-pejabat Bank di seluruh negara (hari bekerja biasa). Pembeli perlu menunjukkan sendiri bukti pengenalan diri yang sah (MyKad bagi warganegara Malaysia dan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia) semasa mengambil wang peringatan. Tarikh akhir pengambilan semua wang peringatan adalah pada 28 Februari 2018.

Lelongan Awam

Berdasarkan ciri eksklusifnya, Bank Negara Malaysia akan membuat lelongan wang kertas yang mempunyai nombor siri istimewa dan duit syiling peringatan emas bersempena dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 10 Mac 2018 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Lelongan akan dikendalikan oleh jurulelong bertauliah yang dilantik oleh Bank.

Wang kertas yang akan dilelong termasuklah wang kertas dengan semua nombor sirinya sama (contoh: MRR0000888); wang kertas bernombor siri berturutan (contoh: MRR0001234); dan wang kertas dengan nombor siri istimewa yang lain (contoh: MRR0001957, MRR0002017, MRR0000060, MRR0000600, MRR0006000 dan MRR0060000). Maklumat lanjut mengenai lelongan ini akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh lelongan.

Tarikh-tarikh Penting


Bank Negara Malaysia
29 Dec 2017

Sumber Asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute