Cari Post lain disini

Wednesday, August 16, 2017

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Sukan Asia Tenggara Ke-29 dan Sukan Para Asean Ke-9

No Ruj : 08/17/10/ 16 Aug 2017/ Embargo : Untuk Siaran Segera    / 
    
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan Hari Malaysia.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada hari ini.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

1. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM230 sekeping. Sebanyak 700 keping sahaja ditempa.

 Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.
  
2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 13,000 keping sahaja ditempa.
  
Nota: Harga tertakluk kepada 6% GST.

Kesemua duit syiling ini juga boleh didapati dalam set dua dalam satu. Set ini mengandungi duit syiling pruf perak berwarna dan pruf emas nordic. Set ini akan dijual pada harga RM280 setiap set (harga tertakluk kepada 6% GST) dan hanya 1,300 set sahaja disediakan. Butiran terperinci berkenaan spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.


Reka Bentuk Duit Syiling

Berikut ialah keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut: 

1. Bahagian Hadapan 
Maskot rasmi bernama RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) and Bersatu (Unity). Perkataan "BANGKIT BERSAMA" iaitu tema temasya sukan ini melambangkan ketibaan era untuk negara-negara Asia Tenggara bersatu sebagai sebuah komuniti. Perkataan “SUKAN SEA KE-29” dan “SUKAN PARA ASEAN KE-9” juga tertera pada keliling bahagian atas dan bawah duit syiling.
  
2. Bahagian Belakang 
Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Bahagian tengah duit syiling memaparkan logo rasmi temasya sukan ini iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara.

Reka bentuk keseluruhan duit syiling peringatan ini ditunjukkan pada Lampiran II


Pameran untuk Orang Ramai dan Tarikh Jualan

Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Isnin, 21 Ogos 2017 di pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Jualan duit syiling ini akan bermula pada Selasa, 29 Ogos 2017. Maklumat lanjut tentang jualan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.


Bank Negara Malaysia
16 Aug 2017 

Sumber asal: www.bnm.gov.my

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute