Cari Post lain disini

Tuesday, August 12, 2014

Menara Popular Pada Duit Syiling 5 Sen 2007 dan 2009

Ramai rasanya sudah tahu terdapat "error" pada duit syiling 5 sen 2007 dan 2009 yang berlaku semasa proses tempaan, bagi mereka yang belum tahu bolehlah terus membaca dan diharap boleh dijadikan rujukan kepada kita serta mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan hobi numismatik.

Pada pandangan aku, agak sukar untuk kita mememui "error" yang dikenali sebagai "Doubled Die Obverse (DDO)" yang membentuk Menara Berkembar KLCC pada duit syiling 5 sen 2009 berbanding "The Oriental Pearl Tower (Shanghai Tower)" atau menara Oriental Pearl. Jika anda tidak percaya, bolehlah anda mencuba nasib dengan mencari sendiri duit syiling 5 sen "error" Menara Berkembar KLCC dalam tabung duit syiling. Kebarangkalian untuk mendapat "error " tersebut agak  susah, mungkin dengan nisbah 1:100.

Duit Syiling 5 Sen 2009

"Error" Terhasil Seakan-akan Menara Berkembar KLCC

Duit Syiling 5 Sen 2007

"Error" Terhasil Seakan-akan "The Oriental Pearl Tower, Shanghai"

Aku ada terdengar cerita yang error "Shanghai Tower" sengaja diwujudkan iaitu dengan cara mengukir semula "die" untuk syiling 5 sen 2007 supaya terdapat "error". Setelah ianya dikesan, "die" tersebut telah digantikan dengan yang baru. Sejauh mana kebenaran, aku tak dapat nak pastikan dan mungkin sebab itulah "error" Shanghai Tower mudah untuk kita jumpa berbanding banding "error" KLCC.

Sebagai bukti, pagi ni saja (tak sampai 5 minit) aku berjaya mengesan 3 keping duit syiling 5 sen 2007 "Shanghai Tower" dan seperti yang dijangka duit syiling 5 sen 2009 "KLCC" tak jumpa langsung.

3 Keping Duit Syiling 5 Sen 2007 "Shanghai Tower"

Carian aku hanya dalam "celepa" berbentuk "love" milik Kakak yang bekerja sepejabat dengan aku, esok lusa aku nak korek pula tabung ayam dia yang berada di dalam laci. Aku tak ambil pun 3 keping duit syiling tu, aku suruh dia simpan buat koleksi. Sekarang aku nak teruskan pula pemburuan untuk mencari duit syiling 5 sen "Penang Bridge Tower" atau "9/11", macam-macam pula nama "error" diorang berikan. Nak tahu rupanya macam mana, tunggulah nanti aku kongsi bila sudah dapat. 

Kalau anda ada maklumat lain berkenaan duit syiling 5 sen bolehlah PM atau email aku, bolehlah aku kongsi di blog supaya sama-sama dapat maklumat.

Anda boleh baca juga artikel Variety/Keragaman Duit Syiling 1 Sen 2002.

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute