Cari Post lain disini

Friday, July 14, 2017

Jualan Wang Kertas Sarawak Palsu, di laman Lelong eBay disiasat

Oleh Nur Shahirah Osman - July 13, 2017

KUCHING: Lebih 200 pelanggan membeli “wang kertas Sarawak” di eBay yang menampilkan foto Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Wang kertas bernilai 50 dolar itu memaparkan lambang Jata Sarawak serta tertulis Kerajaan Sarawak difahamkan sudah lama dijual di eBay.

Memetik laporan Sarawak Tibune pada Khamis, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata cetakan dan jualan wang kertas seperti itu salah dari segi undang-undang.


Menurut Hasidah pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak di hotel terkemuka di Kuching pada Rabu, Kerajaan Negeri menyiasat kegiatan melelong wang kertas berkenaan yang disifatkan sebagai hina kerana menyalah guna gambar Yang di-Pertua Negeri.

“Ini tidak masuk akal, jahat dan tidak boleh diterima kerajaan kita,” ujar Hasidah menbambah, “saya sedih melihat perkara seperti ini berlaku sekarang dan kita akan melihat perkara ini dan membuat penyiasatan,” tegasnya.

Beliau kesal kerana duit olok-olok tersebut begitu mudah ditemui dalam aplikasi online seperti e-bay.

Perbuatan tersebut dianggap serius, tidak beretika dan salah dari segi undang-undang, menurut Hasidah yang mengaku baru melihat wang kertas berkenaan yang dianggap palsu dan tidak sah- Sarawakvoice




Sumber asal: sarawakvoice.com

Tuesday, July 11, 2017

Bil Perbendaharaan Kerajaan Malaysia 1987 $1 Juta

Apa yang dimaksudkan dengan Bil Perbendaharaan
  1. Bil perbendaharaan merujuk kepada sekuriti hutang jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan.
  2. Tempoh matang asal Bil P. tidak melebihi satu tahun dan kadar faedah tidak dibayar dan bil-bil dikeluarkan pada nilai muka yang didiskaun.

Ciri-ciri
  1. Diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
  2. Darjah kecairan yang tertinggi dikalangan pelaburan.
  3. Paling selamat dan disifatkan sebagai pelaburan risiko bebas kerana disokong penuh oleh kerajaan.
  4. Digemari oleh pelabur institusi.
  5. Ditawarkan di bank-bank, isi rumah, syarikat-syarikat dan Pengantara kewangan yang lain.

Peranan Bil Perbendaharaan
  1. Memberi peluang kepada institusi kewangan untuk melabur lebihan dana jangka pendek.
  2. Merupakan aset mudah tunai bagi institusi kewangan.
  3. Dikeluarkan oleh BNM bagi kerajaan pusat untuk menambah dana jangka pendek.

Jenis-jenis Bil
  1. Sebelum 1973 - dikeluarkan untuk tempoh matang 3, 6, 9, 12 bulan.
  2. selepas 1973 - BNM mula menjual bil secara tender mingguan.
  3. Bil ditawarkan seperti berikut:
    • Bil 91 hari setiap seminggu.
    • Bil 120 hari setiap 2 minggu.
    • Bil 325 hari setiap 4 minggu.
  4. BNM dalam usaha menggalakkan Bil.P telah mengadakan kemudahan seperti:
    • Pendiskaunan semula terhadap bil dengan kadar yang menggalakkan.
    • BNM membeli dan menjual Bil.P melalui pasaran untuk menstabilkan pasaran.
Contoh Bil Perbendaharaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 24 Julai 1987 dengan nilai $1,000,000. Ianya telah dikeluarkan semasa Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

Bahagian Hadapan Bil Perbendaharan Kerajaan Malaysia

Maklumat bagi kedua-dua tandatangan diatas masih belum diperolehi, masih dalam fasa mencari.

Bahagian Belakang Bil Perbendaharan Kerajaan Malaysia

"Watermark" kepala Harimau dan "MALAYSIA"

"Watermark"

Bil Perbendaharaan tersebut telah direka dan dicetak oleh Jabatanarah Pemetaan Negar Malaysia


Kalau ada maklumat yang kurang tepat, harap dapat maklumkan kepada mykoleksi

Sumber Rujukan:
  1. Bil Perbendaharaan
  2. BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

Thursday, April 13, 2017

Maarof Zakaria, Pengasas Bank Pertama untuk Orang Melayu

mykoleksi tertarik dengan perkongsian cerita oleh  En. Syahril A.Kadir berkenaan Maarof Zakaria yang merupakan pengasas bank pertama untuk orang Melayu (Malay National Bank). Nama beliau juga telah diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof.

Dibawah adalah cerita perkongsian beliau:

PENGASAS BANK MELAYU PERTAMA BUKAN BUNUH DIRI!


Maarof Zakaria, pengasas bank pertama untuk orang Melayu iaitu Malay National Bank. Namanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar, Kuala Lumpur iaitu Jalan Maarof.

Beliau adalah bapa pada pelakon veteran terkenal, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 – 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 – 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga Spot Gold Terkini

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute